Bolehkah aku berubah? Jawapan : Boleh.
Adakah aku meminta untuk dipercayai? Jawapan : Tidak.
Tapi adakah aku boleh berubah bila tiada yang mempercayai? Jawapan : Mungkin.
Kesilapan
1 perkara yg manusia akan menyesal melakukannya. Dan 1 alasan yg kukuh untuk menyalahkan seseorang yg pernah membuat kesilapan. Jadi jangan buat silap kerana anda akan dipersalahkan semua hidup. Tetapi....Manusia takkan buat silap? Jawapan : Semua manusia akan melakukan kesilapan.
Kemaafan
1 perkara yg manusia sukar sekali berikan. Mulut berkata maaf tangan mencoret kesudian tetapi hati? Kita sendiri pun tidak akan tahu sejauh mana kemaafan tu dapat diberikan. Dan aku faham tentang 1 ayat. I will forgive but I will not forget. Ungkapan yg sebenarnya dalam hati. I will not forgive and I will not forget (untuk orang yg tertentu).
Relevankah kesalahan lama dijadikan alasan untuk menghukum keadaan sekarang. Adilkah? Jawapan : Tidak adil.
Hidup ini mudah bila digunakan formula. Kesilapan + Peluang = Kemaafan. Atau Kesilapan + Kemaafan = Peluang Kebahagian.
Jadi kita pilih. Kita memang akan membuat kesilapan. Tapi adakah kita juga adalah orang yg sama yg sentiasa memberi kemaafan? Jawapan : Terserah.