Friday 1 August 2014

Raya Anak Kota

Terlebih dahulu. Aku dahulukan dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Eh macam la ada orang baca kan. Haha.

Aku dah tak ingat dah berapa lama aku beraya hanya di kota. Di Kuala Lumpur negeri kelahiranku. Macam biasa selaku bujang yang tidak tinggal bersama keluarga dan tidak punyai saudara mara yang boleh dikategori rapat. Aku pilih untuk beraya di sini saja. 

Dah berapa tahun mak aku akan datang beraya di rumah aku bersama adik2 aku. Sebelum dia berjalan2 beraya di rumah saudara mara dan kawan kawan. Aku takkan ikutlah. Jadi apa aku buat selepas solat sunat raya, berkumpul dan aktiviti makan tu? Pastinya aku akan ambil masa ni berjalan di pusat bandar. Bila lagi kan nak tengok bangla & indon bermaharajalela dekat KLCC sana. Haha. 

Ada orang cakap aku ni macam forever alone je berjalan sensorang. No lah. Aku bukan antisosial. Cuma aku tak suka berjalan reramai. Paling aku suka pun dengan orang yg aku sayang. Which is takdalah kan. Apa aku buat takkan berjalan saja? Aku lihat manusia. Lihat Malaysia. Lihat kebesaran Tuhan yang mencipta aku, kamu dan beri segala ilmu supaya kita memajukan tamadun manusia. 

Tipulah kalau aku tak rasa sebak saat orang lain betul betul sakan beraya. Aku? Beratur beli tiket wayang filem Hercules. Sorang sorang pula tu. Mestilah terasa. Tapi aku kan lelaki. Lagipun pengalaman hidup aku yang jarang bersama keluarga buat aku alah bisa tegal biasa kot. Betul ke tak ni? Hehe.

Disebabkan raya aku yang amat membosankan maka aku pilih untuk tidak mengambil cuti tambahan. Cukuplah public holiday 2 hari tu. Tu pun terasa lama sangat. Buat aku rasa nak kahwin je cecepat. Boleh merasa raya kot jumpa keluarga baru. Ajak sekali family aku beraya dengan family mentua ke kan. Ewah. 

Masuk ofis je lah aku cuma berdua. Betul betul rasa macam datang ofis hari Sabtu je. Tengok tray kat desk. Pergh banyak juga kerja. Jengah keluar tengok suasana ofis dari tirai bilik aku. Hurm aku patut tengok movie kot? So aku pun tengok movie lepas siapkan beberapa kerja. Heaven betul kalau setiap hari kerja macam tu. Haha. 

Mesti boring kan raya aku? Sebab tu aku ada masa post benda kat blog ni. Muahaha. Kalau yang baca pun rasa boring. Apatah lagi aku. Jadi aku sentiasa harapkan tahun depan aku dapat beraya bersama mentua. Pergh gila gatal nak berbini gua ni. Alah niat baik takpalah kan? :D 

Itu jela ceritanya. Aku nak sambung scroll timeline Twitter ni. Hargailah rayamu. Setakat takda line internet kat kampung tu. Tak perlu la kecoh sangat ye dak? :D Happy Raya!