Saturday, 1 December 2012

Selamat Tinggal November.

November yang melankolia. Selain hujan, mendung yang seakan mengerti tentang jalan cerita seorang manusia yakni aku. Tiada yang menarik yang dapat diceritakan. Ahh november. Bulan yang pernah menyaksikan betapa bahagianya aku saat itu, yang mencipta banyak kenangan bagi aku. Tapi tidak lagi, ia sudah pergi kali ini.

Bulan ini juga bulan kelahiran aku, tetapi aku tidak merasa apa-apa. Tiada sambutan dari orang yang aku harapkan. Serba serbi tidak menjadi, seperti takdir tidak menyebelahi aku. Membuat aku malas, menghilangkan semangat setiap kali bangun tidur. Tetapi november tetap aku tunggu, cuma mungkin bukan kali ini. Selamat tinggal November.

Hari ini aku mengucapkan,

Selamat datang Disember ! Semoga ia memberi aku harapan baru, melupakan aku tentang kesuraman November yang berlalu dan berikanlah aku pengalaman manis sebelum tahun baru. Aku tidak mahu meninggalkan 2012 dengan kesal kerana silap salah atas keputusan aku.

No comments:

Post a Comment